Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Ganjaran menarik BIBD sempena CF28

    Oleh Sim Y.H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 JAN – Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) sekali lagi menawarkan pelbagai ganjaran dan promosi menarik sepanjang Pesta Pengguna ke-28 (CF28) yang berlangsung selama lima hari dari 24 hingga 29 Januari di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

    Dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, BIBD menyatakan mereka yang mendaftar bagi kad kredit BIBD berpeluang menerima sehingga 30,000 Royal Skies miles serta pelanggan juga boleh menikmati potongan bagi transaksi apabila mereka membeli tiket perjalanan di petak pameran Southern Cross.

    Di samping itu, ganjaran berupa 20,000 Hadiah Points, peralatan rumah, baucar membeli-belah dan cuci kenderaan juga sebahagian daripada tawaran semasa pesta berkenaan.
    Pada masa yang sama, para pengunjung boleh menyaksikan katalog yang mengandungi lebih 100 buah hartanah siap untuk dibeli dan layak memenangi pakej kediaman pintar.

    Selain itu, tawaran Triple Zero BIBD juga menawarkan penyelesaian pembiayaan peribadi mampu milik semasa pesta berkenaan. Tawaran itu mengetengahkan kombinasi tawaran menarik termasuk sifar pembayaran bagi tiga bulan, sifar yuran pempro-sesan dan sifar keuntungan.

    Manakala BIBD Securities yang juga hadir akan menyediakan lebih banyak maklumat kepada tawaran sedang berjalan iaitu satu peratus yuran khas bagi mana-mana pendaftaran mutual fund. Ia memberikan peluang kepada pelanggan untuk mempelbagikan portfolio pelaburan mereka dan berpotensi mendapatkan pulangan yang lebih tinggi tanpa perlu risau yuran yang tinggi menjejaskan pendapatan pelaburan mereka.

    Sementara itu, BIBD At-Tamwil di petak pameran mengetengahkan platform perbankan digital, Olive, iaitu sebuah inovasi digital yang menunjukkan komitmen BIBD untuk menyumbang kepada kemajuan sektor perbankan dalam kerangka Negara Pintar 2025.
    Pengunjung ke CF28 juga boleh menikmati penyelesaian pembayaran digital BIBD melalui BIBD NEXGEN Wallet dan menyokong vendor tempatan serta pada masa yang sama, memanfaatkan pelbagai kaedah pembayaran tanpa wang tunai yang disediakan.

    Pada 26 Januari, para pelanggan juga akan menyaksikan seorang pemenang bertuah membawa pulang hadiah utama bagi BIBD Aspirasi 5 iaitu wang tunai $250,000 serta pemenang-pemenang lain yang juga akan mambawa pulang hadiah wang tunai.

    Selain itu, orang ramai dialu-alukan untuk bertemu dengan wakil-wakil BIBD di pavilion BIBD bagi mendapatkan maklumat lanjut memgenai BIBD Aspirasi 6 yang telah dilancarkan, baru-baru ini.

    Timbalan Setiausaha Tetap (Perdagangan dan Industri) di Kementerian Kewangan dan Ekonomi, Awang Mohammad Harris bin Brigedier Jeneral (B) Dato Paduka Haji Ibrahim bergambar ramai bersama warga BIBD sempena CF28 yang diadakan di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas. – GAMBAR SERAHAN BIBD

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...