Friday, March 24, 2023
28 C
Brunei

-

Kotak misteri bawa tuah

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 JUN – Grace Galicio Fullon memandu pulang kereta Toyota Raize setelah mengambil risiko untuk memilih kotak misteri berbanding hadiah sedia ada berupa baucar tunai $22,000 atau Toyota Vios atau Wigo apabila terpilih sebagai pemenang utama kempen Gembira Bersama Toyota, hari ini.

Pada majlis cabutan utama yang berlangsung di Dewan Persidangan Toyota, Gadong, lima pemenang lain memenangi baucar membeli-belah bernilai $2,000 setiap seorang manakala itu, lima lagi memenangi baucar membeli-belah $1,000.

Hadir menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang ialah Pengarah Urusan NBT, Haji Ahmad Omar bin Haji Husin yang menyampaikan hadiah kepada pemenang utama dan Pengurus Besar Jualan Kanan NBT, Leong Cheng Soon.

Dalam temu bual ringkas bersama Media Permata, Grace berkata beliau memang berniat untuk memilih kotak misteri, kerana beliau memang gemar dengan kejutan dan menerima apa jua yang diperolehi.

Beliau juga menyatakan perasaan syukur kerana memenangi sebuah kereta Toyota Raize dan pilihan kotak misteri itu akan dijadikan kenangan memenangi kempen cabutan bertuah itu.

Kempen diadakan sebagai tanda penghargaan kepada para pelanggan dengan memberikan pengalaman menarik serta hadiah-hadiah hebat.

Pengarah Urusan NBT, Haji Ahmad Omar bin Haji Husin ketika menyampaikan hadiah kepada Grace Galicio Fullon yang berjaya memilih kotak misteri tepat sekali gus membawa pulang sebuah kereta Toyota Raize dalam cabutan utama promosi Gembira Bersama Toyota yang berlangsung di Bilik Pameran Toyota, Gadong, kelmarin. – Gambar oleh Yusrin Junaidi
Leong Cheng Soon menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang lain.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea S, Jepun tingkat kerjasama

TOKYO, 23 MAC - Jepun dan Korea Selatan hampir serentak menarik tuntutan eksport mereka terhadap satu sama lain sebagai tanda terbaharu hubungan yang bertambah...
- Advertisment -