Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Kotak simpanan vintaj pelbagai guna

    Oleh Amri HTZ –

    Perabot bertemakan rustic dilihat semakin popular dijadikan sebagai perhiasan dalam rumah.

    Luarannya yang seolah-olah telah berusia, menjadikannya seperti barangan antik sekali gus menjadi buruan para pengumpulnya. Selain mendapatkan perhiasan yang benar-benar berusia, ia juga boleh dicipta semula dengan beberapa teknik tertentu untuk mereplikakannya.

    Persiapan awal sebelum projek pembuatan

    Skru dan paku
    Mesin gerudi
    Mesin pemotong kayu atau gergaji
    Kepingan papan
    Papan lapis ¼ inci
    Gam kayu
    Alat pengapit kayu
    Varnis
    Pita pengukur

    MULAKAN LANGKAH PEMBUATAN

    Dalam menjimatkan kos projek, penggunaan kayu daripada palet amat digalakkan. Ini memandangkan projek rekaan tidak memerlukan permukaan kayu yang sempurna dan rata.

    Jika mendapatkannya secara sedemikian bukan satu pilihan, pilih kayu yang mempunyai ira-ira unik ketika mendapatkannya dengan cara membeli. (gambar 2)

    Enam batang kayu berukuran 14 inci panjang berketebalan ½ inci dan enam batang berukuran 13 inci dengan ketebalan sama diperlukan bagi bahagian dinding kotak.

    Gambar 1. – Gambar oleh WillsBuilds
    Gambar 2. – Gambar oleh WillsBuilds
    Gambar 3. – Gambar oleh WillsBuilds
    Gambar 4. – Gambar oleh WillsBuilds
    Gambar 5. – Gambar oleh WillsBuilds
    Gambar 6. – Gambar oleh WillsBuilds
    Gambar 7. – Gambar oleh WillsBuilds
    Gambar 8. – Gambar oleh WillsBuilds
    Gambar 9. – Gambar oleh WillsBuilds
    Gambar 10. – Gambar oleh WillsBuilds
    Gambar 11. – Gambar oleh WillsBuilds
    Gambar 12. – Gambar oleh WillsBuilds

    Pastikan ketika langkah mencantumkannya menggunakan gam kayu dan pengapit kayu, bahagian depan dan belakang kotak terdiri daripada kayu dengan panjang yang sama.

    Begitu juga bagi bahagian sisi kiri dan kanan kotak, sama ada kayu berukuran 13 inci panjang kesemuanya atau sebaliknya. (gambar 3)

    Daripada kesemua 12 batang kayu yang dipotong untuk menghasilkan sebuah kotak, setiap satu bahagian cantuman akan terdiri daripada empat batang kayu.

    Bahagian-bahagian ini akan disusun bertingkat untuk menghasilkan dinding kotak. (gambar 4)

    Bagi mengekalkan kedudukan dinding kotak nanti, kayu penetap kedudukan akan dipotongkan dengan ukuran 14 inci x 1 inci x 1 inci untuk empat batang.

    Ia akan diletakkan pada bahagian sisi kotak namun sebelum itu, keseluruhan permukaan rekaan perlu dicat dengan varnis kecuali bahagian cantuman. (gambar 5)

    CANTUM POTONGAN KAYU

    Ketika mencantumkan kayu penetap kedudukan, pelbagai cara boleh digunakan untuk menetapkan kedudukannya.

    Salah satunya hanya menggunakan gam kayu dengan memberikan tekanan menggunakan alat pengapit atau pemberat. Pastikan kedudukan setiap bahagian membentuk dinding kotak ditetapkan jaraknya. (gambar 6)

    Bagi yang memilih untuk mencantumkannya menggunakan paku, permukaan cantuman kekal perlu disapukan dengan gam kayu.

    Ini bagi memastikan cantuman kukuh dan bertahan lama.

    Menukul masuk terus paku ke dalam kayu kadang-kadang menyebabkannya terbelah dan ini akan menghasilkan rekaan yang lebih ‘berusia’. (gambar 7)

    Namun bagi awda yang tidak menyukai keadaan tersebut (kayu terbelah disebabkan paku), menggerudi lubang kecil sebelum memasukkan paku dapat mengelakkan perkara ini.

    Mata gerudi berukuran 3 milimeter sudah memadai untuk ruangan paku. (gambar 8)

    Sementara bagi kedua-dua bahagian sisi kotak akan ditepatkan dengan kayu sokongan (brace) untuk struktur rekaan.

    Ukur bahagian dalam sudut hujung atas dan bawah (berbalas) menggunakan pita pengukur dan potongkan kayu dengan panjang secara kasar. (gambar 9)

    Setelah itu potong bahagian hujung kedua-dua kayu dengan bentuk yang diperlukan. Cara mudah ialah dengan meletakkan kayu pada permukaan kayu dan tandakan menggunakan pensel. (gambar 10)

    GUNA BANTUAN ALAT PENGAPIT KAYU

    Gunakan bantuan alat pengapit kayu untuk mengekalkan kedudukan kayu sokongan sebelum menetapkannya menggunakan paku.

    Lakukan langkah sama seperti sebelumnya jika awda tidak inginkan kayu terbelah ketika paku dimasukkan. (gambar 11)

    Kayu bahagian bawah kotak pula akan menggunakan papan lapis ¼ inci.

    Bagi mengekalkan kedudukannya, empat pendakap daripada besi berbentuk L akan digunakan daripada bahagian dalam kotak (gambar 12)

    Tip rekaan

    Bagi mendapatkan rekaan yang ‘berusia’, permukaan kayu akan sengaja dirosakkan dengan cara menebuknya, membuangkan sedikit bahagian sisi kayu dan sebagainya.

    Gunakan wood stain berwarna sedikit gelap bagi menjadikan rekaan lebih menarik.

    Paku yang ditanggalkan daripada palet juga boleh digunakan semula dalam projek ini.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...