Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    KPDN rekod rampasan lebih RM1 juta, 55 kes Sandakan

    SANDAKAN, 21 MEI – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) merekodkan rampasan berjumlah lebih RM1 juta membabitkan 55 kes atas pelbagai kesalahan di Sandakan sejak 1 Jan hingga semalam.

    Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDN Cawangan Sandakan, Azdy Zukkry John berkata bagi tempoh sama pihaknya turut menerima 52 aduan dan daripada jumlah itu 47 aduan diselesaikan manakala bakinya masih disiasat.

    “Bagi tempoh sama, sejumlah RM6,700 kompaun dikutip atas pelbagai kesalahan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Azdy Zukkry berkata pihaknya hari ini turut mengeluarkan kompaun RM1,000 kepada lima peniaga daripada 10 premis perniagaan yang diperiksa di kawasan Pekan Botition, Sugut serta Sapi Nangoh.

    Selain itu, katanya pihaknya menyerahkan satu notis kepada peniaga kedai milik warga asing yang didakwa menjual paku pada harga 20 sen sebatang di Pekan Botition dan memberi maklum balas dalam tempoh dua hari kepada KPDN.

    “KPDN Cawangan Sandakan mengalu-alukan sebarang maklumat dan aduan berkaitan salah laku peniaga. Orang ramai juga dinasihatkan membuat aduan segera jika melihat harga barangan mahal dan tidak menularkan menerusi media sosial kerana dikhuatiri bukti dilupuskan,” katanya. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...