Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    KPDN Sandakan bantu peniaga mohon lesen jual barang kawalan

    SANDAKAN, 24 MEI – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Sandakan akan membantu peniaga di kawasan kepulauan tersebut memohon lesen menjual barang kawalan bagi membolehkan penduduk setempat menikmati barangan pada harga subsidi.

    Ketua KPDN Cawangan Sandakan, Azdy Zukkry John berkata, pihaknya percaya terdapat peniaga di kepulauan yang tidak tahu mengenai kemudahan itu, malah ada peniaga yang mengambil bekalan daripada kedai runcit.

    “Ada seorang peniaga kami temui di Pulau Pamaguan yang mempunyai lesen berniaga, tetapi tiada lesen menjual barang kawalan. Jadi, dia mengambil bekalan daripada kedai runcit. Kami memahami kemudahan seperti Internet agak sukar di pulau.

    “Jadi kami akan membantu peniaga tersebut membuat permohonan lesen supaya dia boleh ambil bekalan dengan harga borong,” katanya kepada pemberita selepas meninjau pulau Nunuyan, Libaran dan Pamaguan bersama Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sandakan hari ini.

    Azdy Zukkry juga menasihatkan peniaga di pedalaman dan pulau yang mahu menjual barang kawalan supaya datang ke pejabat KPDN Cawangan Sandakan untuk dibantu dari segi permohonan lesen. – Bernama

    Azdy Zukkry John ketika mengadakan Operasi Bersepadu bersama Pasukan Polis Marin di beberapa buah pulau bagi membanteras penyelewengan barang kawalan di Pulau Nunuyan kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China kecewa AS guna veto halang Palestin anggotai PBB

    BEIJING, 19 APRIL - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) gagal meluluskan draf resolusi untuk menerima Palestin sebagai anggota rasmi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)...