Tuesday, April 22, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kremlin rai kemenangan ‘luar biasa’ Putin

    MOSCOW, 18 MAC – Kremlin mengalu-alukan kemenangan pilihan raya Presiden Vladimir Putin sebagai ‘luar biasa’ hari ini, selepas bekas perisik itu memenangi lebih 87 peratus undi dalam pilihan raya tiga hari yang dianggap sebagai tidak sah oleh kuasa Barat.

    Moscow telah membentangkan pilihan raya presiden hujung minggu sebagai bukti Rusia telah bersatu di bawah Putin lebih daripada dua tahun selepas serangan Ukraine.

    Kemenangan Putin secara meluas dijangka akan memperkukuh lagi cengkamannya terhadap Rusia, di mana tentangan tidak lagi diterima di bawah penindasan yang semakin meningkat.

    Berkuasa sejak hari terakhir 1999, beliau kini berada di landasan untuk menjadi pemimpin Rusia paling lama berkhidmat dalam lebih dua abad.

    Jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov berkata keputusan itu menunjukkan rakyat Rusia sedang bersatu ‘di bawah dasar (Putin)’.

    Kesemua pencabar utama Putin yang berusia 71 tahun sudah mati, dalam penjara atau dalam buangan dan pengundian berlaku sebulan selepas pencabar utama Putin, Alexei Navalny meninggal dunia dalam penjara.

    Pihak berkuasa telah menyeru rakyat Rusia untuk mengambil bahagian dalam pengundian atas alasan tugas patriotik.

    Ketua pilihan raya yang rapat dengan Kremlin, Ella Pamfilova berkata Putin telah memenangi keputusan ‘rekod’ dan mendapat ‘hampir 76 juta’ undi. – AFP

    Putin ketika bertemu dengan media di ibu pejabat kempennya di Moscow. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda