Friday, November 15, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Krisdayanti kini tukar nama baharu

    Penyanyi terkenal Indonesia, Krisdayanti mengumumkan pertukaran nama pentasnya yang sebelum ini dieja Krisdayanti (rapat) menjadi Kris Dayanti (berasingan).

    Pelantun lagu Aku Wanita Biasa ini berkata, ejaan Kris Dayanti ialah nama asalnya sebelum diubah menjadi Krisdayanti kerana dianggap lebih menarik dan senang diingati.

    “Sebetulnya nama pada kad pengenalan Kris Dayanti. Tapi saya banyak kerjasama dengan jenama besar dan memerlukan nama yang lebih menarik,” ujarnya.

    Menurut penghibur yang juga seorang ahli politik itu, alasan dirinya kembali mahu menggunakan nama sama seperti dalam kad pengenalannya adalah kerana mengenang Allahyarham ayahnya.

    “Dalam kad pengenalan atau akta kelahiran, nama saya dieja Kris Dayanti.

    “Tapi bila saya bekerja dalam bidang hiburan dan banyak menjalin kerjasama dengan jenama besar, nama pentas digunakan sebagai Krisdayanti biar kedengaran lebih menarik,” kata isteri Raul Lemos itu.

    Kris Dayanti kemudian menambah, “Semenjak ayah meninggal dunia, saya menjadi lebih menghargai dan akhirnya memutuskan untuk kembali menggunakan nama Kris Dayanti. – Agensi

    Krisdayanti mengubah ejaan namanya seperti yang asal dalam akta kelahirannya iaitu Kris Dayanti. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda