Saturday, July 27, 2024
32.3 C
Brunei

    -

    Krisis air Barcelona semakin teruk

    BARCELONA, 31 JAN – Barcelona dan kawasan sekitarnya di wilayah Catalonia di timur laut Sepanyol sedang bersiap sedia untuk menghadapi catuan air yang lebih ketat di tengah-tengah kemarau bersejarah yang telah mengurangkan takungan air ke paras terendah.

    Pihak berkuasa Catalonia dijangka mengisytiharkan darurat kemarau esok untuk kawasan yang menempatkan 6 juta orang selepas rizab air jatuh di bawah 16 peratus daripada kapasitinya, penanda aras yang ditetapkan untuk pelaksanaan langkah-langkah penjimatan air yang baharu.

    “Rizab kita berada di bawah 16 peratus. Keadaan di Barcelona dan sekitar Girona sangat kritikal, jadi kita perlu mengambil langkah-langkah yang lebih berkesan,” kata pegawai kerajaan Catalonia, Laura Vilagra kepada penyiar radio kebangsaan Sepanyol, RNE hari ini.

    Darurat itu akan mengurangkan jumlah air yang dibenarkan setiap hari untuk kegunaan kediaman dan komuniti daripada 210 kepada 200 liter setiap orang. Sektor pertanian dan industri juga akan mengalami pemotongan. Agensi air Catalonia berkata penduduk menggunakan purata 116 liter air sehari di rumah.

    Kawasan yang terjejas oleh darurat meliputi bahagian utara Catalonia sehingga ke sempadan Perancis. Bahagian selatan wilayah yang kurang penduduknya mendapat bekalan air dari Sungai Ebro dan berada dalam keadaan yang lebih baik. Selatan Sepanyol juga mengalami keadaan kemarau. – AP

    Pemandangan takungan Sau, yang berada pada 5 peratus kapasitinya, di Vilanova de Sau, kira-kira 100km di utara Barcelona, ​​Sepanyol pada 26 Januari 2024. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...