Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Senator AS minta pentadbiran Biden kembalikan pembiayaan UNRWA

    TEHRAN, 31 JAN – Senator Amerika Syarikat (AS), Bernie Sanders meminta pentadbiran Presiden Joe Biden mengembalikan pembiayaan kepada Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA), lapor agensi berita Iran, IRNA memetik laporan media.

    Menurut laporan Al Jazeera pada Selasa malam, Senator itu berkata lebih sejuta penduduk di Gaza berisiko mengalami kebuluran dan Amerika Syarikat serta negara-negara lain sepatutnya tidak membiarkan mereka menderita kerana tindakan segelintir individu yang didakwa.

    Sanders turut mengkritik dasar kerajaan AS terhadap ‘perang genosid’ Israel yang sedang berlaku di Gaza.

    “Kita sama sekali tidak boleh mengabaikan krisis kemanusiaan yang sangat dahsyat yang sedang berlaku di Semenanjung Gaza,” kata senator itu. – Bernama

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...