Sunday, January 26, 2025
26.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kru Boreas cedera, kapal layar terbalik semasa perlumbaan

    LANGKAWI, 24 JAN – Seorang peserta Kejohanan Regatta Antarabangsa Diraja Langkawi (RLIR) 2025 cedera selepas kapal layar pasukannya terbalik semasa dalam perlumbaan kira-kira 11 pagi tadi.

    Karen Rowlands, 72, yang merupakan salah seorang kru kapal Boreas yang bertanding dalam kelas Multihull mengalami kecederaan di bahagian kepala, bahu kanan dan paha kanan telah dibawa ke Hospital Sultanah Maliha untuk rawatan lanjut.

    Rowlands yang ditemui Bernama di Royal Langkawi Yacht Club (RLYC) berkata, kejadian berlaku secara mengejut akibat keadaan angin yang terlalu kuat sehingga menyebabkan kapal yang dikemudi John Hearne dari Australia bersama lima kru termasuk dirinya terbalik secara tiba-tiba.

    “Saya berada di sebelah kiri kapal sebelum tergelongsor ke kanan kapal sebelum terjatuh ke dalam laut dan berada di bawah kapal… lebar dari kiri ke kanan kapal adalah kira-kira tujuh meter. “Saya mendengar bunyi dentuman di kepala saya dahulu dan menyangka saya hanya cedera di kepala, tetapi apabila saya cuba berenang untuk keluar dari bawah kapal, saya tidak dapat merasakan bahu kanan saya,” katanya. – Bernama

    Kapal layar Boreas yang bertanding dalam kelas Multihull terbalik ketika perlumbaan bagi Kejohanan RLIR 2025 pada 24 Januari. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda