Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Kuil Hindu dibuka, kedai Muslim diroboh

    MUMBAI, 25 JAN – Pihak berkuasa di ibu negara kewangan India, Mumbai telah merobohkan beberapa kedai sementara yang dimiliki oleh peniaga Muslim selepas pertikaian agama yang dicetuskan oleh pembukaan sebuah kuil Hindu oleh Perdana Menteri, Narendra Modi yang menyebabkan perpecahan masyarakat minggu ini.

    Pertengkaran kecil berlaku Ahad lalu di beberapa kawasan Mumbai, termasuk satu insiden di mana penganut Hindu melaungkan slogan agama melalui kawasan kejiranan Muslim di pinggir bandar raya besar itu.

    Tiada kecederaan serius dilaporkan dalam pertempuran itu tetapi pada Selasa lalu, pihak berkuasa telah menggunakan jentolak untuk merobohkan lebih daripada 12 kedai yang dimiliki oleh peniaga Muslim di kawasan itu, menurut laporan media tempatan.

    Pada petang berikutnya, 40 lagi kedai dirobohkan di Jalan Mohammed Ali, jalan utama di pusat bandar dan pusat perdagangan Islam tempatan yang turut menyaksikan pertempuran hujung minggu.

    “Kami sedang melakukan pembersihan menyeluruh di jalan ini di mana beberapa peniaga kaki lima dan sebagainya telah dipindahkan,” beritahu seorang pegawai perbandaran tempatan, yang enggan namanya didedahkan, kepada AFP hari ini.

    Ramai peniaga dari pelbagai agama sering kali mendirikan gerai sementara menggunakan kanvas dan kayu untuk melindungi perniagaan dan pelanggan mereka daripada matahari terik dan hujan monsun yang lebat di bandar itu.

    “Saya tidak dapat memahami mengapa ini dilakukan,” kata Abdul Haseeb Khan, pemilik restoran yang terkesan dalam tindakan tersebut, kepada AFP.

    “Jika mereka tidak mahu struktur ini di sini, mereka sepatutnya memaklumkan kepada kami dan kami akan mengeluarkannya. Ini bukan cara yang betul untuk mengambil tindakan,” tambahnya. – AFP

    Pejalan kaki melintasi kedai di sepanjang jalan yang sesak berhampiran masjid Minara Masjid di Mumbai, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...