Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Kumpulan Houthi lancar enam peluru berpandu di Laut Merah

    MOSCOW, 7 FEB – Kumpulan Houthi yang berpangkalan di Yaman melancarkan enam peluru berpandu di selatan Laut Merah dan Teluk Aden kelmarin, dengan satu daripada peluru berpandu mengakibatkan kerosakan kecil kepada sebuah kapal milik Greece, menurut Komando Pusat Amerika, CENTCOM) lapor Sputnik.

    Dalam satu kenyataan di X, CENTCOM berkata serangan Houthi ke atas kapal MV Star Nasia, sebuah kapal kargo yang menggunakan bendera Kepulauan Marshall kira-kira 3:20 pagi waktu tempatan tidak menyebabkan kecederaan kepada kru kapal.

    “Pada 6 Februari, dari kira-kira 1:45 pagi hingga 4:30 petang waktu tempatan, kumpulan Houthi yang disokong Iran menembak enam peluru berpandu balistik anti-kapal (ASBM) dari kawasan yang dikawal Houthi di Yaman ke arah selatan Laut Merah dan Teluk Aden.

    “Tiga daripada peluru berpandu menyasarkan kapal MV Star Nasia, dengan satu daripadanya meletup berhampiran kapal dan hanya mengakibatkan kerosakan kecil,” menurut CENTCOM.

    CENTCOM berkata peluru berpandu kedua jatuh ke laut manakala peluru berpandu ketiga berjaya dipintas kapal pemusnah Amerika Syarikat.

    Kapal kargo Greece itu kemudian meneruskan pelayaran ke destinasinya.

    Menurut CENTCOM, baki tiga peluru berpandu Houthi dipercayai menyerang kapal MV Morning Tide, sebuah kapal kargo milik UK yang menggunakan bendera Barbados.

    Serangan tersebut tidak menyebabkan kecederaan atau kerosakan pada kapal dan kru.

    Kapal MV Morning Tide kemudian meneruskan perjalanan ke destinasinya. – Bernama

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...