Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Program infak bantu mereka yang memerlukan

    Oleh Sim Y.H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 FEB – Program Dibuang Sayang yang menjadi ikon usaha kemasyarakatan sangat positif yang dilaksanakan oleh Majlis Perundingan Kampung (MPK) dan Biro Wanita Kawasan 2, Rancangan Perumahan Negara (RPN) Kampung Mentiri mendapat sambutan dalam usaha membantu mereka yang memerlukan.

    Program infak itu adalah sebagai onestop dalam merealisasikan lagi usaha memupuk budaya saling bantu-membantu terhadap masyarakat kampung yang memerlukan dan orang ramai khususnya di kampung berkenaan.

    Walaupun program itu dilihat sebagai sederhana, namun signifikannya sangat berkesan kepada penerima terutama apabila tiba bulan Ramadan dan perayaan Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang nanti.

    “Senario inilah membuatkan kami merasa terpanggil untuk mengadakan inisiatif program amal Dibuang Sayang,” jelas Pemangku Ketua Kampung Kawasan 2 RPN Kampung Mentiri, Haji Nizam bin Haji Julaihi pada majlis menerima sumbangan pakaian pada Program Dibuang Sayang, di Kawasan 2 RPN Kampung Mentiri, hari ini.

    Beliau berkata program itu bukan sahaja mendapat sambutan yang menggalakkan dalam kalangan penduduk kampung malahan dari luar daerah yang memberikan sokongan dan sama-sama bermurah hati menyumbangkan pakaian-pakaian terpakai sebagai infak amal jariah.

    Menurutnya lagi, pada ketika ini, AJK MPK bagi program berkenaan sedang rancak menerima sumbangan dan selepas terkumpul nanti, pengagihan akan disampaikan kepada mereka yang memerlukan dengan mengambilnya sendiri pada majlis penyerahan yang dijangka diadakan pada Mac nanti.

    “Saya amat yakin, orang kitani kaya dengan hati budi yang luhur malah amalan bersedekah dan saling memberikan bantuan memang menjadi budaya terpuji dipraktikkan di negara ini,” ulas Haji Nizam.

    Program Dibuang Sayang merupakan infak pakaian daripada orang ramai yang dikumpulkan dan seterusnya akan diagihkan kepada mereka yang memerlukan dengan datang mengambil sendiri pada majlis yang akan diumumkan nanti.

    Penerimaan sumbangan pakaian bagi Program Dibuang Sayang, di Kawasan 2 RPN Kampung Mentiri, kelmarin.
    – GAMBAR SERAHAN MPK RPN KAMPUNG MENTIRI
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...