Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kumpulan Puak Belait bersiap sedia

    Oleh Daniel Lim
    Gambar serahan Kumpulan Puak Belait

    BELAIT, 15 FEB – Menjelang sambutan Hari Kebangsaan ke-39 yang bakal tiba tidak lama lagi, seramai 37 ahli Kumpulan Puak Belait telah memulakan persiapan untuk perarakan besar di Daerah Brunei dan Muara dengan raptai diadakan di Padang Perbandaran di Kuala Belait.

    Bercakap dengan wakil kumpulan itu, Awang Mohd Yunos bin Haji Pungut menjelaskan bahawa raptai berkenaan bukan sahaja sebagai persediaan mereka bagi sambutan Hari Kebangsaan tetapi juga untuk membantu meningkatkan semangat dan patriotisme dalam meraikan majlis sambutan berkenaan.

    Beliau menambah bahawa kumpulan itu akan menjalankan latihan tambahan menjelang perarakan besar pada 25 Februari depan.

    Kumpulan Puak Belait bergambar ramai semasa menjalankan raptai.
    Gambar ahli kumpulan semasa menjalankan raptai sebelum perarakan besar.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda