Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    KUPU SB ‘sapu’ kejuaraan futsal

    Oleh Fadhil Yunus –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 OKT – Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) mengungguli hampir semua acara dalam Kejohanan Futsal Jemputan Institusi Pengajian Tinggi 2023 di Kompleks Sukan, Universiti Brunei Darussalam (UBD) baru-baru ini.

    Hadir sebagai tetamu kehormat dan bagi menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang ialah Penolong Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik) UBD dan Pemangku Penolong Naib Canselor (Korporat dan Pentadbiran), Profesor Madya Pengiran Dr Mohamad Iskandar bin Pengiran Haji Petra.

    Kejohanan yang diadakan sempena Festival Konvokesyen UBD 2023 itu menyaksikan pemenang kategori kakitangan jatuh kepada KUPU SB B, diikuti oleh pasukan tuan rumah, UBD A sebagai naib juara. Manakala UBD Vamos dan Politeknik berkongsi tempat
    ketiga.

    Sementara itu, bagi kategori pelajar, juara jatuh kepada KUPU SB A, diikuti oleh UBD A yang mendapat tempat kedua. Manakala Politeknik dan UNISSA A masing-masing menduduki tempat ketiga dan keempat.

    Dalam pada itu, bagi kategori kakitangan, Anugerah Penjaring Terbanyak jatuh kepada Awang Mohammad Asri bin Haji Aspar daripada KUPU SB B dengan rakan sepasukannya, Awang Muhammad Faez bin Zakaria menggondol Anugerah Pemain Terbaik.

    Bagi kategori pelajar, Awang Haziman bin Roze daripada UNISSA A merangkul Anugerah Penjaring Terbanyak dan Awang Mohammad Aminuddin Shah bin Haji Rosman daripada KUPU SB A memenangi Anugerah Pemain Terbaik.

    Dr Mursidi bin Haji Ali daripada UBD Vamos telah dinobatkan sebagai Pemain Staf Veteran Terbaik.

    Antara lain kejohanan itu diadakan bagi memeriahkan lagi Festival Konvokesyen UBD 2023 dan mengeratkan hubungan silaturahim antara penganjur dan kakitangan serta pelajar institusi pengajian tinggi jemputan.

    Selain itu, kejohanan itu juga bertujuan mengenal pasti pemain futsal dalam kalangan kakitangan dan pelajar untuk mewakili institusi masing-masing atau Kementerian Pendidikan untuk pertandingan peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

    Para peserta bergambar bersama pingat dan trofi yang dimenangi mereka. – Gambar serahan UBD
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...