Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Rina bangga perkahwinan ketiga masih bertahan

    Teruja perkahwinan kali ketiga sudah memasuki tahun keempat, pengacara dan pelawak Indonesia, Rina Nose berkata ia merupakan satu pencapaian terbaik dalam hidupnya.

    Memetik laporan Detikcom, Rina atau Rina Permata Puteri, 39, berkata rumah tangga dibina bersama Josscy Vallazza Aartsen ini telah memecah rekod sejarah perkahwinannya sebelum ini.

    “Ya pecah rekod ni (tempoh perkahwinan). Sekarang ini kami menjalani hubungan suami isteri seperti biasa. Kami hanya jalani hubungan ini seadanya,” katanya menurut laporan mStar.

    Dalam pada itu, pengacara program Big Stage musim kelima ini turut memberitahu biarpun mereka suami isteri menjalani hubungan jarak jauh, namun ia tidak sesekali merenggangkan hubungan mereka.

    “Ya walaupun suami saya menetap di Belanda, tetapi hubungan kami tetap rapat. Kami banyak berkomunikasi dan saya rasa ia juga kunci kebahagiaan kami. Dari sebelum bernikah memang kami banyak berkomunikasi,” ujarnya.

    Untuk rekod, Rina dan Josscy mendirikan rumah tangga pada 22 Oktober 2019 namun pasangan itu masih belum dikurniakan cahaya mata.

    Sebelum itu, Rina pernah berkahwin sebanyak dua kali namun perkahwinan pertama tidak pernah didedahkan kepada umum.

    Perkahwinan kedua bersama Ridwan F Anwar pula hanya bertahan selama setahun dan tidak juga dikurniakan cahaya mata. – Agensi

    Kunci kebahagiaan Rina dan suami adalah komunikasi. – kapanlagi.com
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...