Thursday, January 30, 2025
22.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kurang tumpuan punca kekalahan Spurs

    LONDON, 27 JAN – Son Heung-min mengkritik pasukannya, Tottenham kerana hilang tumpuan selepas kekalahan 2-1 ketika menentang Leicester, kelmarin, di mana kekalahan itu meningkatkan tekanan ke atas pengurus, Ange Postecoglou.

    Pasukan Postecoglou mendahului permainan melalui gol separuh masa pertama Richarlison, namun Jamie Vardy menyamakan kedudukan sebelum Bilal El Khannouss menjaringkan gol kemenangan Leicester di utara London.

    Tottenham turun di tempat ke-15 dalam Liga Perdana, hanya lapan mata di depan zon penyingkiran, selepas kekalahan keenam dalam tujuh perlawanan terakhir liga utama mereka.

    Keputusan Postecoglou untuk membuat pertukaran dengan mengeluarkan Richarlison telah dicemuh oleh peminat, yang turut menggesa pengerusi Tottenham, Daniel Levy, untuk berhenti disebabkan keadaan menjadi semakin toksik.

    Nasib Postecoglou sama ada dia boleh bertahan lebih lama bagi menggalas tanggungjawab dalam musim kedua yang hambar masih belum dapat dipastikan.

    “Ia sangat menyedihkan. Terutama apabila kami mendahului pada separuh masa dan memberikan dua gol kepada lawan dalam tempoh yang singkat. Ia mengecewakan kami,” kata Son. – AFP

    Bilal El Khannouss (kedua kiri), bersaing untuk mendapatkan bola dengan pemain Tottenham Hotspur semasa perlawanan bola sepak di London pada 26 Januari. – AP

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda