Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Kursus Pembantu Perpustakaan tingkat kemahiran profesional

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 SEPT – Seramai 25 peserta yang baharu dilantik dalam jawatan perpustakaan di jabatan kerajaan dan swasta telah menghadiri Kursus Pembantu Perpustakaan yang berlangsung selama dua hari di Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Lambak Kanan, hari ini.

    Kursus anjuran Persatuan Perpustakaan Negara Brunei Darussalam itu bertujuan untuk memperkenalkan konsep, prinsip dan meningkatkan kemahiran yang diperlukan untuk menjalankan tugas rutin dalam penyediaan core business perkhidmatan informasi.

    Kursus dua hari itu juga menekankan pendekatan fleksibel dalam pencarian maklumat, pemahaman mengenai pengetahuan pangkalan data serta pemuliharaan bahan perpustakaan.

    Selain itu, peserta juga diperkenalkan kepada jargon, sinonim perpustakaan serta amalan terbaik dan piawaian perpustakaan.

    Menurut mantan pustakawan kanan di Perpustakaan Islam Brunei Darussalam, Jabatan Mufti selaku fasilitator kursus, Pengiran Haji Mohd Shahminan bin Pengiran Haji Sulaiman, para peserta didedahkan kepada peranan pustakawan, pengendalian pelanggan dan pemuliharaan koleksi perpustakaan.

    Beliau turut menyarankan agar para peserta terus memperkembangkan kemahiran mereka dalam bidang perpustakaan untuk mencapai tahap profesionalisme yang lebih tinggi.

    Kursus itu juga memperkenalkan teknologi terkini dalam perpustakaan, seperti e-buku dan sistem pengurusan perpustakaan moden, yang sejajar dengan perkembangan dunia digital.

    Selain itu, kursus tersebut juga diharap dapat membantu peserta memahami fungsi perpustakaan dengan lebih mendalam dan meningkatkan keupayaan mereka dalam menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada pengguna perpustakaan.

    Kursus tersebut akan diteruskan esok dengan sesi pembentangan mengenai pengkatalogan, klasifikasi serta pemuliharaan dan pemeliharaan bahan perpustakaan.

    Pengiran Haji Mohd Shahminan semasa mengendalikan kursus berkenaan. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    Para peserta yang menghadiri kursus berkenaan bergambar ramai. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI

    Kata Kunci

    Popular

    Asia Pasifik

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    Berita Berkaitan

    Sisa makanan jadi bahan utama kebun komuniti lestari

    Oleh Soon Li Wei KUALA LUMPUR, 23 NOV - Di tengah-tengah hiruk...

    Persatuan Pediatrik Brunei anjur sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia

    Oleh Yusrin Junaidi BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV- Persatuan Pediatrik...

    Kejohanan boling rai 69 tahun pendidikan ugama formal

    Oleh Yusrin Junaidi BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV - Seramai...

    3 pelajar ke Jepun dalami pengajaran bencana tsunami

    Oleh Sim Y. H. BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Nov- Sekumpulan...

    Terkini

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    TEHRAN, 23 NOV - Iran telah meminta bantuan luar...

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    DHAKA, 23 NOV - Dua gegaran kecil melanda Bangladesh...

    WHO isytihar wabak polio di Indonesia berakhir

    JAKARTA, 23 NOV - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah...