Friday, October 18, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kutipan bantuan mangsa gempa Turkiye, Syria selama tiga bulan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 FEB – Jawatankuasa Kebangsaan Tabung Kemanusiaan Gempa Bumi Republik Turkiye dan Republik Arab Syria petang tadi bersidang di Dewan Digadong, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) bagi membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan usaha bagi mengumpulkan derma daripada rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam.

    Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan bersama oleh Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim dan Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan) di KKBS, Hajah Nor Ashikin binti Haji Johari.

    Turut hadir ialah ahli-ahli mesyuarat yang terdiri daripada agensi-agensi kerajaan, bukan kerajaan dan sektor swasta.

    Mesyuarat jawatankuasa itu telah menetapkan bahawa tempoh kutipan derma akan diadakan selama tiga bulan bermula hari ini hingga 14 Mei depan.

    Penetapan tempoh tersebut adalah untuk memberi peluang kepada para penderma untuk menyumbangkan derma berbentuk kewangan secara langsung dan membolehkan pelbagai pihak untuk menganjurkan aktiviti-aktiviti amal dan kebajikan bagi tujuan kutipan derma tersebut.

    Haji Mohammad Rosli dan Hajah Nor Ashikin semasa mempengerusikan bersama mesyuarat Jawatankuasa Kebangsaan Tabung Kemanusiaan Gempa Bumi Republik Turkiye dan Republik Arab Syria, kelmarin.

    Orang ramai yang berhasrat untuk memberikan sumbangan bolehlah berbuat demikian melalui tabung-tabung yang disediakan di masjid-masjid, surau dan balai ibadat, bangunan bank-bank, gedung perniagaan dan bangunan awam di seluruh negara.

    Selain itu, orang ramai juga boleh menghulurkan sumbangan melalui perkhidmatan BIBD QuickPay dengan mengimbas kod QR yang boleh didapati di poster-poster dan pelekat-pelekat Tabung Kemanusiaan Gempa Bumi Republik Turkiye dan Republik Arab Syria.

    Para penderma juga boleh menghantar terus kepada urus setia tabung berkenaan di Bahagian Pengurusan dan Pentadbiran, Tingkat 2, Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Bangunan KKBS, Jalan Kebangsaan pada waktu pejabat.

    Pelancaran SMS Brunei Prihatin itu merupakan salah satu usaha untuk memberi kemudahan kepada orang ramai bagi menghulurkan derma kepada tabung berkenaan yang diungkayahkan bersama DST Sdn Bhd, Progresif Sdn Bhd dan imagine Sdn Bhd.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda