Tuesday, March 4, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    KWSP Sarawak laksana program outreach

    SIBU, 9 JAN – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan membekalkan tiga trak kepada tiga cawangan agensi itu di Sarawak bagi pelaksanaan program outreach di kawasan luar bandar.

    Pengerusinya, Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir berkata ini bagi membolehkan pasukan KWSP Sarawak memberikan perkhidmatan bergerak yang lebih meluas kepada masyarakat luar bandar dan kawasan berpenduduk tinggi.

    “Pasukan Sarawak akan menerima dua lagi kenderaan pacuan empat roda, tiga set jana kuasa, dua peralatan VSAT (teknologi satelit ‘Very Small Aperture Terminal’) serta peralatan IT (teknologi maklumat) dan bukan IT,” katanya semasa merasmikan pejabat KWSP Cawangan Sibu di Jalan Kampung Datu 5 di sini hari ini.

    Beliau berkata kelengkapan tersebut dapat membantu pasukan terlibat memberikan perkhidmatan kepada ahli dan bakal pencarum KWSP.

    Sementara itu, Ketua Wilayah KWSP Sarawak, Halim Boweng ketika ditemui pemberita selepas majlis berkenaan berkata program outreach itu dijangka dilancarkan pada Mac depan di Bintulu.

    “Pasukan outreach kita, iaitu Kuching akan memberikan liputan perkhidmatan di kawasan Lubuk Antu dan Sri Aman, pasukan di Sibu untuk kawasan Mukah dan Kapit manakala Miri untuk kawasan Bintulu dan Belaga,” katanya.

    Pendekatan ke hadapan itu, katanya, akan dilaksanakan secara berjadual bagi mendekati sektor tidak rasmi atau bekerja sendiri seperti petani, nelayan mahupun pemandu e-hailing bagi membolehkan mereka menyimpan untuk hari tua. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda