Wednesday, October 16, 2024
31.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Labu seberat 2,471 paun menang pertandingan

    CALIFORNIA, 15 OKT – Seorang guru hortikultur dari Minnesota kelmarin kekal sebagai juara utama dalam pertandingan menimbang labu tahunan di California Utara di mana labu besarnya telah memenangi hadiah utama selama empat tahun berturut-turut.

    Travis Gienger dari Anoka, Minnesota, mengalahkan pesaing terdekatnya dengan enam paun untuk merangkul kemenangan pada Kejohanan Menimbang Labu Dunia ke-51 di Half Moon Bay, selatan San Francisco.

    Labu yang memenanginya mempunyai berat 2,471 paun, tetapi tidak mencapai rekod dunia yang dicatatnya tahun lalu dengan labu seberat 2,749 paun.

    Gienger, 44, berkata bahawa seperti yang dilakukannya sebelum ini, dia memberikan tumpuan untuk menjaga kesihatan tanah dan memberikan makanan yang baik kepada tanaman, tetapi cuaca sejuk pada musim luruh dengan hujan yang mencatat rekod mungkin memberikan kesan kepada pertumbuhan labunya.

    “Kami menghadapi cuaca yang sangat sukar dan entah bagaimana saya terus bekerja,” kata Gienger. “Saya terpaksa berusaha keras untuk yang ini dan kami berjaya pada akhirnya, tetapi tidak banyak.” – AP

    Gienger (tengah) meraikan kemenangan pada Kejohanan Menimbang Labu Dunia ke-51 di Half Moon Bay, selatan San Francisco pada 14 Oktober. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda