Populariti Lady Amelia Windsor bukanlah seperti Kate Middleton atau Meghan Markle.
Tetapi rata-rata rakyat memilih wanita ini sebagai kerabat diraja Britain yang paling cantik jika ditanya soal rupa paras.
Berbekalkan fizikal yang cantik dengan wajah bulat comel dan bibir menawan, tidak hairanlah ramai terpesona melihat kecantikan semula jadinya. Tanpa sebarang solekan, Lady Amelia mampu menggugat mata sesiapa yang memandangnya.
Menurut laporan Express, walaupun Kate Middleton dan Meghan Markle mencetuskan banyak fenomena, tetapi Lady Amelia dianggap sebagai ‘paling cantik’ di kalangan kerabat diraja di Britain. Aktif dalam dunia fesyen dan pentas peragaan, Lady Amelia berada di tangga ke-42 sebagai pewaris pemerintah tertinggi Britain.
Walaupun peminat diraja mungkin melihat dia membuat beberapa penampilan di balkoni Istana Buckingham pada acara seperti Trooping the Color pada tahun-tahun sebelumnya, sehingga tahun 2016 dia mula mencipta nama untuk dirinya sendiri.
Lady Amelia, 27, merupakan cucu kepada Duke of Kent iaitu sepupu Ratu Elizabeth. Malah, dia merupakan sepupu kepada Putera William dan Putera Harry.
Lady Amelia juga merupakan model di bawah agensi terkemuka Storm Models, yang mengetengahkan bakat seperti Kate Moss dan Cara Delevingne.
Dia aktif dalam pertunjukan fesyen Dolce and Gabbana, menjadi wajah solekan Illamasqua dan sering dilihat di barisan hadapan pertunjukan fesyen di seluruh dunia. Malah, bekerja di belakang tabir untuk jenama Azzedine Alaia dan Bvlgari. – Agensi
