MANILA, 4 JULAI – Gunung berapi di selatan Manila akan meletus sekali lagi ‘pada bila-bila masa’ saja kata saintis-saintis Filipina hari ini sambil memberi amaran pelepasan gas bertoksik akan mencecah rekod tinggi manakala ribuan orang lagi di komuniti terdedah telah meninggalkan rumah mereka.
Gunung berapi Taal yang terletak di tasik berpemandangan indah itu telah mengeluarkan sulfur dioksida sejak minggu lalu, menyebabkan jerebu di Manila dan beberapa wilayah sekitarnya serta mencetuskan amaran kesihatan.
Hampir 4,500 orang telah meninggalkan rumah mereka sejak pihak berkuasa menyeru pemindahan di kawasan berisiko tinggi di pesisir tasik, kata agensi bencana wilayah hari ini.
Beberapa penempatan telah dikenakan sekatan sementara bagi mencegah penduduk pulang ke kediaman mereka.
“Letusan itu serupa dengan bencana yang berlaku pada 1 Julai 2021 yang mungkin akan berlaku pada bila-bila saja,” kata Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina dalam satu kenyataan.
Taal yang terletak 50km selatan Manila, kembali aktif Khamis lepas, mengeluarkan stim dan fragmen batu ratusan meter ke ruang udara yang kemudian di-susuli dengan beberapa ledakan kecil. – AFP