Penonton drama The White Lotus 3 memuji lakonan ahli kumpulan Blackpink iaitu Lisa yang dilihat bersahaja dan tidak kaku menerusi episod pertama yang mula ditayangkan sejak Ahad lalu.
Menurut mStar, rata-rata warganet Malaysia yang menonton sedutan drama itu berpendapat Lisa atau Lalisa Manobal, 28, dilihat seiras pelakon Faezah Elai ketika muda.
“Macam Faezah Elai dah saya tengok Lisa ni.
“Teringat Faezah Elai masa muda dahulu.
“Macam Faezah Elai dalam cerita Cun,” tulis warganet.
Drama The White Lotus 3 membongkar kisah gelap tetamu, kakitangan dan kawasan peranginan yang sepatutnya menjadi percutian yang santai.
Dalam naskhah tersebut, Lisa memegang watak sebagai Mook iaitu seorang pengurus hotel, penari dan juga mentor kesihatan. – Agensi
