Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Lisa Blackpink pula tubuh agensi sendiri

    Mengikut jejak langkah Jennie, salah seorang anggota Blackpink iaitu Lisa mengambil keputusan untuk membuka syarikat agensinya sendiri.

    Agensi sulung yang dibuka oleh Lisa itu diberi nama ‘LLOUD’ ditubuhkan bagi menguruskan karier muziknya.

    “Memperkenalkan LLOUD, platform untuk mempamerkan visi saya dalam muzik dan hiburan.

    “Sertai saya dalam perjalanan yang menarik ini untuk menempuh sempadan baharu bersama-sama.”

    Lisa berkongsi perkara itu dalam satu hantaran di Instagram miliknya baru-baru ini.

    Berita tersebut telah memberikan pelbagai respons daripada banyak pihak terutama peminat fanatiknya.

    Dalam masa sama, bukti memberikan sokongan kepadanya, hampir 500,000 peminat mengikuti akaun Instagram yang diciptanya itu. – Agensi

    Lisa Blackpink ikut jejak langkah rakan buka agensi sendiri. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...