Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Laksana pelbagai inisiatif kemajuan sistem keadilan

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 FEB – Sistem keadilan yang baik, adalah sistem yang membantu individu dan keluarga untuk terus membina masa depan yang positif, ianya termasuk sistem keadilan jenayah yang menghalang orang daripada melakukan jenayah.

    Kepentingan sistem keadilan yang berfungsi sempurna bagi masyarakat bukan sahaja dari segi pertumbuhan ekonomi tetapi ia juga bagi masyarakat secara keseluruhannya.

    Ketua Hakim Negara, Yang Amat Arif Dato Seri Paduka Steven Chong menegaskan bahawa tugas mahkamah ialah menyokong asas kehidupan seharian dalam masyarakat, walaupun terdapat cabaran dan tuntutan ketara yang dihadapi dalam melaksanakan tugas aset terbesar kehakiman ialah pegawai dan kakitangan kehakiman ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Pembukaan Tahun Undang-undang 2024 di Mahkamah Besar, hari ini.

    Dalam ucapan Ketua Hakim Negara turut mengongsikan perkembangan utama mahkamah sepanjang tahun 2023 selain mengumumkan beberapa tambahan dan perubahan dalam keanggotaan kehakiman dan keadilan dalam Majlis Persatuan Undang-undang Brunei Darussalam.

    Ketika menyentuh perkembangan utama mahkamah, Ketua Hakim Negara telah mengongsikan perlaksanaan kerjasama antara-bangsa menerusi pelbagai inisiatif dan perjanjian dengan mahkamah asing. Melalui perlaksanaan tersebut, perbincangan produktif telah dibuat dalam beberapa bidang termasuk kerjasama kehakiman dalam pendidikan dan latihan kehakiman secara berterusan dan amalan terbaik dalam penyelesaian pertikaian komersial.

    Ketua Hakim Negara ketika menyampaikan ucapan. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI

    “Selain perkembangan dalam proses penyelesaian insolvency dan modaliti pendengaran rayuan yang kini dijalankan dalam talian di hadapan Privy Council, yang mana rayuan itu masih sahaja boleh didengar dalam kes-kes sivil dengan syarat kedua-dua pihak bersetuju,” jelasnya. Di samping telah memeterai beberapa perjanjian persefahaman (MoU) dan membuat kunjung hormat ke Ketua Hakim Malaysia bagi perbincangan kerjasama dua hala.

    Ketika berucap di majlis itu, beliau turut menjelaskan akan kesukaran yang dihadapi dalam mendapatkan pengamal undang-undang bagi mengambil tugasan bantuan guaman bagi kes-kes jenayah besar.

    Katanya lagi, ‘alasan penolakan yang diberikan oleh penasihat undang-undang termasuk yuran terlalu rendah dan komitmen terhadap tugasan yang sudah sedia ada’. Walaupun menyedari pelbagai cabaran yang dihadapi oleh penasihat undang-undang, beliau menegaskan perlunya ada perubahan minda terhadap perkhidmatan ini.

    “Ini merupakan tugasan yang sangat penting dan amat berbaloi apabila memberikan bantuan guaman untuk kes jenayah besar, juga mendukung keutamaan kehakiman bagi memastikan akses pad keadilan bagi membantu defendan yang tidak berkemampuan untuk diwakili oleh peguam,” jelasnya.

    Dalam perkara itu, Ketua Hakim Negara mencadangkan Pejabat Ketua Pendaftar, Pejabat Peguam Negara dan Persatuan Undang-undang bagi membentuk satu jawatankuasa untuk memperkenalkan satu skim Perkembangan Profesional Lanjutan Mandatori (CPD) di mana tugasan memberikan bantuan guaman boleh dikira ke arah nilai untuk CPD.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...