Monday, May 12, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lakukan ART sebelum ziarahi tanah perkuburan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 APRIL – Menziarahi tanah perkuburan adalah dibenarkan namun ahli keluarga digalakkan untuk melakukan ujian pantas antigen (ART) sebelum berkumpul dengan ahli keluarga yang lain.

    Perkara tersebut dijelaskan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar semasa menjawab pertanyaan pada sidang media hari ini mengenai adakah dibenarkan menziarahi tanah perkuburan secara berkumpulan pada masa ini.

    “Menziarahi tanah perkuburan adalah dibenarkan kerana ia berada di tempat terbuka dan orang ramai juga diingati untuk sentiasa mematuhi SOP seperti memakai pelitup muka dan membuat penjarakan,” jelasnya.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda