Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Lakukan tugas jujur tanpa pilih kasih

    Sudah terang lagi bersuluh, sikap segelintir individu yang meletakkan kereta sembarangan tanpa menghiraukan pengguna jalan raya lain menunjukkan kurangnya rasa tanggungjawab.

    Tidak dinafikan perbuatan tersebut semakin menjadi-jadi sehingga sering kali tular dalam media sosial.

    Malangnya, dalam kebanyakan kes, individu-individu yang melakukan kesalahan itu bukan sembarangan orang, tetapi golongan mempunyai status dan juga ahli perniagaan.

    Lebih mendukacitakan, pihak berkenaan yang sepatutnya menjalankan tugas dengan adil tidak berani untuk mengambil tindakan yang sewajarnya.

    Adakah peraturan dan denda itu hanya dikenakan kepada rakyat biasa yang tidak mempunyai status, manakala mereka yang berstatus tinggi dibiarkan bebas daripada sebarang bentuk keadilan?

    Saya mencadangkan agar pihak berkuasa tidak mengamalkan pilih kasih dalam penguatkuasaan undang-undang.

    Tindakan yang adil dan telus perlu diambil tanpa mengira kedudukan sosial atau kuasa seseorang.

    Selain itu, penggunaan teknologi seperti kamera pemantau perlu dipasang di tempat-tempat yang sering sibuk bagi memastikan tiada sesiapa yang terlepas daripada denda tidak kira apa status mereka.

    Zaimi

    Gambar Envato

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    20 pelajar sertai forum, bengkel sempena Hari Kanak-kanak Sedunia

    Pogba kembali beraksi setelah lebih 2 tahun

    Musabaqah Hafaz Al-Quran serta pemahaman peringkat saringan bermula

    Berita Berkaitan

    20 pelajar sertai forum, bengkel sempena Hari Kanak-kanak Sedunia

    Oleh Yusrin Junaidi BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV- Seramai 20...

    Pogba kembali beraksi setelah lebih 2 tahun

    PARIS, 23 NOV- Paul Pogba yang telah lama dinanti-nantikan...

    Musabaqah Hafaz Al-Quran serta pemahaman peringkat saringan bermula

    Oleh Yusrin Junaidi BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV - Musabaqah...

    342 penduduk Gaza maut sejak Israel langgar gencatan senjata

    ISTANBUL, 23 NOV - Tentera Israel melakukan 497 pelanggaran...

    Terkini