LIVERPOOL, 23 Feb – Midfield England Adam Lallana (gambar) menandatangani lanjutan kontrak bersama Liverpool, kelab Liga Perdana Inggeris itu mengumumkan kelmarin.
Walaupun Liverpool tidak mendedahkan tempoh kontrak baru Lallana, tetapi laporan media British berkata beliau telah menandatangani perjanjian tiga tahun dengan pilihan untuk tambahan 12 bulan.
Lallana yang berusia 28 tahun itu tiba di Anfield dari Southampton pada 2014, memberitahu laman sesawang Liverpool: “Saya sangat bangga dan merasa cukup terharu dengan kepercayaan kelab dan pengurus (Jurgen Klopp) khususnya.
“Menyertai kelab seperti Liverpool adalah jelas satu perkara yang besar tetapi menandatangani semula bersama kelab menunjukkan anda jelas banyak menyumbang sehingga mereka yang membuat keputusan mahu anda untuk kekal lebih lama.
“Ini adalah tempat yang benar-benar baik pada masa ini dan bagi pemain yang mahu menjadi sebahagian daripada sesuatu yang istimewa, saya tidak dapat memikirkan kelab yang lebih baik untuk komitmen masa depan.”
Lallana telah menjaringkan 20 gol dalam 117 penampilan Liverpool setakat ini mengekori jejak Philippe Coutinho yang menandatangani kontrak baru Januari lalu untuk menjadi pemain termahal kelab dan komited untuk masa depan jangka panjang kepada Liverpool.
“Kami mempunyai skuad dengan barisan pemain yang cemerlang dan akan menjadi lebih baik bila bersama-sama untuk tempoh yang lama,” tambah Lallana. – AFP