Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Langkah-langkah elak isu bekalan makanan berulang

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 JAN – Pihak Berkuasa Makanan Brunei (BDFA) pada masa ini sedang mengumpulkan semua bukti dan akan berbincang dengan peguam cara untuk menentukan tindakan selanjutnya.

    Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar memaklumkan perkara itu merujuk terhadap isu bekalan makanan pada Istiadat Perarakan Diraja yang tular dalam media sosial, baru-baru ini.

    Pada sidang media di Kementerian Kesihatan, kelmarin, beliau memberi respons terhadap soalan yang ditimbulkan media mengenai tindakan yang akan diambil kepada pihak pembekal jika perkara berkenaan berulang lagi.

    Yang Berhormat Dato menjelaskan, di bawah Akta Kesihatan Awam Bahagian Makanan Penggal 182, syarikat boleh dikenakan denda atau penjaga atau kedua-duanya sekali.

    “Akan ada penambahbaikan dibuat, di mana dalam post-mortem yang telah dibuat penekanan kepada beberapa perkara perlu ditambah baik, dan diharap ianya
    tidak akan berulang lagi,” jelasnya.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham pada sidang media di Kementerian Kesihatan, Sabtu lalu. Turut hadir, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ahmaddin dan Dr Shamsiah Zuraini Kanchanawati. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI

    Manakala itu, Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras) di Kementerian Pendidikan, Dr Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin pula menjelaskan mengenai prosedur operasi standard (SOP) dan pemeriksaan bekalan sebelum diagihkan.

    Jelasnya, seramai 50 orang pengawas dari Bahagian Perkhidmatan Permakanan dan Asrama, Kementerian Pendidikan telah ditugaskan di sembilan zon pada hari tersebut.

    Peranan mereka adalah untuk menerima bekalan makanan daripada pembekal dan kemudian memeriksa secara rawak, melihat dan membuka makanan tersebut selain mengambil gambar.

    Beliau seterusnya menjelaskan, bagi bekalan yang dibekalkan ke sekolah-sekolah sahaja dan ban yang rosak tidak dapat dimakan itu telah dikesan seawal pukul 7:20 pagi yang telah membolehkan bahagian Kementerian Pendidikan untuk menghubungi pembekal bagi mengganti ban tersebut.

    Disebabkan kesuntukan masa, tambahnya, dan dengan laluan jalan yang terhad telah menyebabkan pihak pembekal tidak dapat membekalkan atau menggantikan
    keseluruhan ban yang rosak itu, dan hanya dapat menggantikan sebahagian sahaja.

    “Insya-Allah akan diperkemaskinikan lagi terutama dengan mengambil kira acara yang akan berlangsung dalam masa terdekat,” jelasnya.

    Sementara, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman pula menegaskan, pembekal perlu memainkan peranan penting dalam memastikan keadaan makanan yang disampaikan boleh dimakan oleh pelajar-pelajar sekolah dan warga perkhidmatan awam.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...