Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Lans Koperal mengaku tidak bersalah terima rasuah

    ALOR SETAR, 5 MAC – Seorang anggota polis Malaysia berpangkat Lans Koperal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Alor Setar hari ini terhadap 24 pertuduhan rasuah bernilai RM9,600 sepanjang 2017 dan 2018.

    Mohd Azlan Iswan, 35, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim N. Priscilla Hemamalini.

    Dia dituduh menerima wang tunai RM400 sebanyak 24 kali daripada seorang penyelia syarikat kontraktor yang didakwa mempunyai hubungan dengan kerja-kerja rasmi tertuduh melibatkan penguatkuasaan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 ke atas lori-lori milik syarikat tersebut, melalui pindahan wang ke dalam akaun bank miliknya.

    Tertuduh yang bertugas di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasa Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Sik itu didakwa melakukan semua kesalahan berkenaan di sebuah bank di Sungai Petani antara 3 Jan 2017 hingga 4 Dis 2018.

    Mohd Azlan didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan bagi setiap pertuduhan, yang sabit kesalahan boleh membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

    Hakim membenarkan dia diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin, di samping mengarahkannya menyerahkan pasport, selain perlu melapor diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setiap bulan dan menetapkan 2 April ini sebagai tarikh sebutan semula kes dan serahan dokumen. – Bernama

    Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap 24 pertuduhan rasuah bernilai RM9,600 sepanjang 2017 dan 2018. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...