Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Lantikan Pengerusi Lembaga Pengarah baharu RB

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 JAN – Pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, dengan ini dimaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia telah mengurniakan titah perintah bagi Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid, untuk dilantik menjadi Pengerusi Lembaga Pengarah Syarikat Penerbangan Diraja Brunei (RB), bagi menggantikan Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin mulai 18 Januari 2023.

    Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Muhammad Juanda dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Syarikat Penerbangan RB yang baharu.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...