Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Laos semarak Festival That Luang 2023

    VIENTIANE, 27 NOV – Festival That Luang tahunan di ibu negara Laos, Vientiane pada 23 hingga 27 November, berlangsung dalam skala yang lebih meriah berbanding tahun-tahun sebelumnya, berikutan dengan pelancaran rasmi kempen promosi pelancongan Visit Laos Year 2024.

    Visit Laos Year 2024 yang bermula pada Khamis lalu, dijangka mewujudkan suasana rancak untuk rangsangan ekonomi.

    Perdana Menteri Laos, Sonexay Siphandone, menyatakan pada upacara pembukaan bahawa kerajaannya menganggap acara itu sebagai satu peristiwa penting dan bermakna, terutamanya selepas industri pelancongan dilanda oleh pandemik COVID.

    Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Pelancongan Laos, Suanesavanh Vignaket berkata, “Visit Laos Year 2024 merupakan salah satu acara terpenting di Laos. Selain mempromosikan pelancongan, ia bertujuan untuk memulihara seni, budaya dan tradisi negara serta memaklumkan kepada pengunjung tentang sejarah panjang Laos dan penggunaan mampan sumber semula jadinya.”

    Kerajaan Laos menjangkakan untuk mengalu-alukan sekurang-kurangnya 2.7 juta pelancong asing tahun depan dan menjana pendapatan kira-kira AS$401 juta, manakala pada 2025, ketibaan pelancong diramal mencecah 2.9 juta dan menjana pendapatan AS$434 juta.

    Sonexay Siphandone ketika menyampaikan ucapannya semasa majlis penutupan Sidang Kemuncak Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) ke-43 di Jakarta pada 7 September. – AFP

    Perayaan That Luang menampilkan lebih daripada 1,200 gerai, yang didirikan di esplanade untuk menjual hasil pertanian, kraftangan dan barangan perkilangan dari wilayah di seluruh negara.

    Pavilion, salah satu tumpuan utama festival, mempamerkan produk dan perkhidmatan model yang terdapat di ibu negara Laos dengan tujuan mencapai audiens yang lebih luas bagi produk buatan Laos, menurut Presiden Dewan Perniagaan dan Industri Vientiane, Sangkhom Chansouk.

    Antara keistimewaan festival itu ialah persembahan pentas dan pertandingan nyanyian, manakala barangan dari negara seperti Vietnam, China dan Thailand turut dipamerkan dan dijual.

    Festival That Luang merupakan salah satu perayaan keagamaan yang paling penting di Laos, disaksikan oleh rakyat Laos dari seluruh negara Asia Tenggara.

    Aktiviti keagamaan utamanya termasuk perarakan lilin tradisional dan pemberian bantuan makanan. – Xinhua

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...