ABUJA, 30 Julai – Sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh dalam serangan bunuh diri berkembar yang meletupkan sebuah kem IDP di negeri timur laut Nigeria Borno, seorang pegawai kerajaan tempatan mengesahkan kelmarin.
Dua pengebom bunuh diri wanita melakukan serangan lewat Jumaat, kata Rawa Modu, ketua daerah tempatan Dikwa di negeri itu.
Sekurang-kurangnya 14 yang lain cedera dalam serangan tersebut.
Modu berkata pengebom nekad tersebut disyaki telah menyusup ke kem untuk meletupkan alat letupan mereka.
Tujuh mangsa maut di tempat kejadian dan yang lain meninggal dunia kemudian di hospital, menurut pegawai itu. – Xinhua