Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Lapan pos imbangan tentera dalam pembinaan di Sabah, Sarawak

    SANDAKAN, 21 APRIL – Sebanyak lapan pos imbangan tentera dalam pembinaan di Sabah dan Sarawak yang bakal meningkatkan tahap kawalan di sempadan Malaysia dijangka siap tahun ini.

    Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan berkata, pembinaan pos imbangan itu membabitkan dua pos di Sabah dan enam di Sarawak.

    “Ketika ini bilangan pos imbangan sedia ada sebanyak 23 pos iaitu sembilan pos di sempadan Sabah dan 14 di Sarawak.

    “Pos-pos imbangan yang masih dalam pembinaan di Sabah ialah Pos Felda Selatan, Kalabakan dan Pos Tambulanan, Tawau,” katanya dalam satu kenyataan sempena lawatan ke Sabah hari ini. Muhammad Hafizuddeain berkata enam pos imbangan dalam pembinaan di Sarawak pula ialah Pos Kandaei 2, Lundu, Pos Meliki, Serian, Pos Tong Nibong, Serian, Pos Nanga San, Sri Aman, Pos Ensawang, Sri Aman dan Pos Pa’dalih, Miri. – Bernama

    Muhammad Hafizuddeain bersalaman dengan anggota 2 Renjer sewaktu tiba untuk lawatan ke kawasan operasi Op Pasir di Pos Pulau Jambongan kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...