LONDON, 25 OGOS – Meletakkan kontena kecil berisi cecair dalam beg plastik mungkin tidak lama lagi menjadi sesuatu perkara yang lapuk bagi para penumpang pesawat penerbangan di Britain selepas kerajaan mengumumkan rancangan untuk memperkenalkan peralatan pengimbasan 3D hari ini bagi bagasi bimbit di kesemua lapangan terbang utama.
Setiausaha Pengangkutan, Grant Shapps berkata dalam satu kenyataan bahawa teknologi baharu itu akan meningkatkan keselamatan yang juga bermaksud ‘penamat bagi para penumpang yang terpaksa menggunakan beg plastik atau mencatu apa yang mereka bawa bersama.” Di bawah penyekatan keselamatan masa ini, para penumpang tidak dibenarkan untuk membawa lebih 100mm cecair dalam bagasi bimbit mereka dan kontena-kontena tersebut perlu dalam beg plastik jernih.
Ia akan berakhir di bawah rejim pengimbasan baharu dan para penumpang mungkin dibenarkan untuk membawa peralatan elektrik seperti komputer riba dalam beg kabin mereka.
Pengimbasan sudah pun digunakan dalam percubaan di Lapangan Terbang Heathrow London dan ia akan secara progresifnya digunakan di lapangan terbang Britain. – AP