Tuesday, February 11, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lapangan terbang di Los Angeles terjejas akibat kebakaran

    WASHINGTON, 9 JAN – Beberapa lapangan terbang dan destinasi pelancongan di kawasan Los Angeles serta bahagian lain di selatan California terjejas akibat kebakaran hutan dan angin kencang, lapor United Press International (UPI) memetik media tempatan.

    Penumpang yang tiba di lapangan terbang di Los Angeles dan Burbank disambut dalam keadaan berasap, dan banyak penerbangan terpaksa membatalkan perkhidmatan makanan serta minuman kerana jangkaan gelora udara yang disebabkan oleh angin kencang, lapor USA Today.

    Pegawai di Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles tidak menjangkakan kesan ketara ke atas jadual penerbangan akibat kebakaran hutan, tetapi pegawai di Lapangan Terbang Antarabangsa Hollywood Burbank menyatakan bahawa keadaan cuaca telah menjejaskan penerbangan di lapangan terbang itu.

    Setakat 1:45 tengah hari kelmarin, FlightAware melaporkan 18 peratus penerbangan di Burbank dibatalkan manakala 11 peratus lagi mengalami kelewatan.

    United Airlines, American Airlines dan JetBlue adalah antara syarikat penerbangan domestik yang telah mengeluarkan pengecualian penerbangan bagi kawasan Los Angeles, termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles dan Lapangan Terbang Burbank. – Bernama

    Gambar AP

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda