Wednesday, October 23, 2024
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lapangan terbang di Malang ditutup sementara

    JAKARTA, 14 JAN – Lapangan terbang Abdul Rachman Saleh Indonesia di daerah Malang di wilayah Jawa Timur telah ditutup buat sementara waktu mulai jam 10 pagi kelmarin (waktu tempatan) berikutan abu gunung berapi Gunung Semeru yang dikesan di sekitar kawasan berdekatan, umum Kementerian Pengangkutan.

    Ketua Pengarah Penerbangan Awam Indonesia, Kristi Endah Murni memberi amaran penyebaran abu gunung berapi boleh menjadi berbahaya dan mampu menghentikan enjin pesawat daripada berfungsi.

    Gunung Semeru meletus semula pada 8 Januari, menghasilkan letusan abu hampir 2,000 meter. Letusan itu berlangsung selama 146 saat dan laharnya mampu mengalir sejauh 800 meter ke arah tenggara.

    Gunung berapi setinggi 3,676m itu terletak kira-kira 850km ke tenggara Jakarta. Pada 2021, ia meletus dengan kuat, membunuh sekurang-kurangnya 50 orang dan memaksa ribuan orang berpindah.

    Indonesia berada di Lingkaran Api Pasifik rentetan gunung berapi dan tapak aktiviti seismik atau gempa bumi di sekitar pinggir Lautan Pasifik.

    Ia merupakan salah satu kawasan yang paling aktif secara seismik di dunia. – ANN/VNS

    Lapangan terbang Abdul Rachman Saleh di Indonesia di daerah Malang di wilayah Jawa Timur. – ANN/VNS
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda