Sunday, May 19, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    Lombong emas di Nigeria ditutup sementara

    NIAMEY, 6 MEI – Beberapa lombong emas di utara Nigeria yang diuruskan oleh sebuah syarikat China telah diarahkan ditutup sementara selepas puluhan haiwan mati akibat meminum air sisa, beritahu pihak berkuasa tempatan kepada AFP semalam.

    Pengembala di sekitar bandar Tabelot telah menunjukkan kepada lombong Sahara SARL sebagai satu-satunya penjelasan atas kematian haiwan mereka, mengatakan wilayah itu tidak mengalami kemarau atau sebarang wabak.

    “Kami mengira 24 yang mati dalam tempoh dua hari dan pada akhir April kami akhirnya menyedari bahawa kematian itu disebabkan oleh bahan berbahaya di dalam air yang dikeluarkan oleh lombong,” kata Youssaf Houssa, ketua Tamannit, salah sebuah kampung yang terjejas.

    Almou Akoli, yang tinggal di Fasso, kampung lain, berkata dia kehilangan 16 haiwan manakala beberapa ‘jirannya tidak dapat menjejaki berapa banyak yang telah hilang’.

    Sahara SARL China mula melombong emas pada bulan Januari di tengah-tengah padang ragut di mana hampir tidak adanya lubang air semula jadi. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Tiada peralihan tenaga tanpa China- CEO Siemens Energy

    BEIJING, 19 MEI - Peralihan tenaga tanpa China tidak berfungsi, Christian Bruch, ketua pegawai eksekutif (CEO) Siemens Energy, memberitahu pemberita minggu ini, sambil menegaskan...