Thursday, May 2, 2024
23.9 C
Brunei

    -

    Lapangan terbang ditutup lepas letusan Gunung Ruang

    JAKARTA, 18 APRIL – Letusan Gunung Ruang di Kepulauan Sitaro, Sulawesi Utara, telah menyebabkan penutupan sementara Lapangan Terbang Sam Ratulangi di Manado, kira-kira 100 kilometer dari sini, disebabkan aspek keselamatan.

    Lapangan terbang itu akan ditutup sehingga diberitahu kelak selepas abu gunung berapi dikesan semasa pemerhatian lapangan dan ujian kertas yang dijalankan pada pukul 7 pagi waktu tempatan.

    Penerbangan dari Manado ke Jakarta, Makassar dan Sorong, serta ketibaan dari China dan Ternate, kini mengalami kelewatan.

    Pusat vulkanologi negara, PVMBG menaikkan status Gunung Ruang kepada Tahap IV atau ‘Amaran’, pada Rabu pukul 9 pagi sebagai tindak balas kepada peningkatan aktiviti gunung berapi sejak awal bulan.

    Penduduk berhampiran telah diminta keluar dari kawasan dalam radius enam kilometer dari pusat kawah aktif gunung berapi itu.

    Pada 16 April pukul 9:45 malam, letusan letupan berlaku dengan ketinggian dianggarkan 2,000 meter dari puncak, menurut Badan Nasiona Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB)
    Jurucakapnya, Abdul Muhari menjelaskan dalam satu kenyataan bahawa keadaan bertambah buruk, dengan abu mencecah 2,500 meter pada 17 April pukul 1:08 pagi.

    Satu lagi letusan letupan berlaku pada 9:15 malam, dengan abu mencecah kira-kira 3,000 meter, disertai bunyi gemuruh dan gegaran.

    Laporan daripada Agensi Pengurusan Bencana Wilayah Sitaro menunjukkan bahawa letusan itu menyebabkan abu serta batu dan kerikil sampai ke penempatan pantai di Tagulandang.

    “Beberapa penduduk cedera akibat letusan ini dan telah menerima rawatan rapi,” kata Abdul Muhari. Sekurang-kurangnya 828 penduduk telah dipindahkan ke lokasi yang lebih selamat, katanya lagi. – Bernama

    Lahar panas bercahaya di kawah Gunung Ruang ketika ia meletus di Indonesia pada 17 April 2024. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bangladesh rekod suhu paling panas bulan April

    DHAKA, 1 MEI - Biro cuaca Bangladesh hari ini berkata bulan April merupakan bulan paling panas dalam rekod, dengan negara Asia Selatan dan sebahagian...