Thursday, May 2, 2024
23.9 C
Brunei

    -

    Dana kekayaan Norway catat keuntungan AS$107B

    OSLO, 18 APRIL – Dana kekayaan Norway, yang terbesar di dunia, mencatatkan keuntungan lebih daripada AS$100 bilion pada suku pertama di tengah-tengah pemulihan pasaran saham global, menurut kenyataan yang dikeluarkannya hari ini.

    Dana itu – yang didorong oleh hasil minyak dan gas Norway – mencatatkan pulangan sebanyak 6.3 peratus dalam tiga bulan pertama tahun ini.

    Keuntungan AS$107 bilion itu membawa nilai keseluruhan dana tersebut kepada AS$1.6 trilion pada akhir Mac, atau hampir AS$291,000 untuk setiap daripada 5.5 juta penduduk Norway.

    “Pelaburan ekuiti kami mengalami pulangan yang sangat kukuh pada suku pertama, terutamanya didorong oleh sektor teknologi,” kata timbalan ketua eksekutif dana tersebut, Trond Grande dalam satu kenyataan.

    Saham, yang menyumbang 72.1 peratus daripada portfolio dana, mencatatkan pulangan 9.1 peratus pada suku pertama, dirangsang oleh kenaikan pasaran saham berikutan prospek penurunan kadar faedah.

    Dana itu merupakan pelabur tunggal terbesar di dunia, dengan pegangan dalam kira-kira 9,000 syarikat di seluruh dunia dan mewakili 1.5 peratus daripada jumlah modal pasaran. – AFP

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bangladesh catat suhu paling panas bulan April

    DHAKA, 1 MEI - Biro cuaca Bangladesh berkata hari ini bahawa bulan lalu merupakan bulan paling panas dalam rekod, dengan negara Asia Selatan dan...