Thursday, October 24, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lapangan terbang NZ hadkan 3 minit peluk perpisahan

    WELLINGTON, 24 OKT – Lapangan terbang di New Zealand telah menetapkan had tiga minit untuk pelukan perpisahan, mencetuskan perdebatan global mengenai tempoh yang sesuai untuk berpelukan.

    Pihak pengurusan Lapangan Terbang Antarabangsa Dunedin di bandar selatan Dunedin tidak menjangka peraturan baharu di zon penghantaran kereta itu menjadi tular di seluruh dunia.

    “Bagi memastikan kelancaran, kami telah memasang papan tanda baharu termasuk papan ‘Masa Pelukan Maksimum 3 Minit’,” kata Ketua Pegawai Eksekutif lapangan terbang, Daniel De Bono.

    “Ia adalah cara kami untuk menambah elemen unik dan mengingatkan orang ramai bahawa zon penghantaran ini untuk perpisahan singkat,” tambahnya.

    “Dan jangan risau pelukan selama 20 saat sudah mencukupi untuk melepaskan hormon oksitosin dan serotonin, hormon kebahagiaan yang meningkatkan kesejahteraan, jadi tiga minit adalah masa yang cukup untuk mengucapkan selamat tinggal dan mendapatkan dos kebahagiaan awda.”

    Bagi mereka yang mahukan pelukan lebih lama, mereka boleh menggunakan kawasan letak kereta kereta, di mana caj parkir adalah percuma untuk 15 minit pertama, kata De Bono.

    Papan tanda yang memaklumkan had masa untuk pelawat ke kawasan menurunkan penumpang di luar Lapangan Terbang Dunedin di Momona, New Zealand, Selasa, 22 Oktober. – AP

    Had masa untuk pelukan itu mendapat perhatian meluas dan mencetuskan pelbagai reaksi dalam talian.

    “Saya gembira tiada had minimum untuk pelukan. Cukup dengan ‘jumpa lagi’,” komen seorang wanita di halaman Facebook lapangan terbang tersebut.

    Ini pelik! Pelukan terbukti mempunyai banyak manfaat, termasuk untuk kesihatan mental,” kata seorang pengguna lain.

    Lapangan terbang tersebut menyatakan bahawa peraturan had masa pelukan itu diperkenalkan pada bulan September tanpa banyak reaksi pada mulanya.

    “Kami hanya terkejut dengan minat global yang muncul,” kata Pegawai Eksekutif Pemasaran dan Komunikasi lapangan terbang, Sarah Soper. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda