Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Laporan jangkitan COVID lebih teruk tidak benar

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 NOV – Berita-berita yang dilaporkan dari negara luar mengenai jangkitan COVID kali ini lebih teruk berbanding sebelumnya adalah tidak mencerminkan keadaan yang sebenar dan ia sama sekali tidak benar.

    Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar, menegaskan perkara ini semasa memberi respons berhubung dengan laporan yang dibuat di luar negara pada sidang media di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Yang Berhormat Menteri Kesihatan menjelaskan, jika dibandingkan kes jangkitan dahulu dan sekarang di negara ini, terdapat perbezaan ketara di mana kategori 4 dan 5 masih rendah.

    Katanya lagi, “Pada masa ini dalam masa sebulan, kategori 4 dan 5 hanya lapan orang saja berbanding pada sebelumnya dan ini dapat dilihat, walaupun jumlah jangkitan berada pada angka ratus, namun keadaan yang serius dalam kategori 4 dan 5 itu masih rendah.”

    “Dengan rakyat dan penduduk di negara ini mempunyai status vaksinasi yang tinggi dan dengan usaha yang dilakukan ditambah dengan vaksin ketuhanan dan sebagainya, keadaan masih terkawal dan ia akan berterusan,” jelasnya.

    Yang Berhormat Dato terus mengingatkan orang ramai, jika merasa kurang sihat maka tidak perlu keluar rumah, asingkan diri seperti yang dibuat sebelum ini semasa wabak mula-mula menular dan sebagainya.

    Yang Berhormat Menteri Kesihatan semasa menghadiri sidang media di Kementerian Kesihatan.- Gambar oleh Syahmi Hassan
    Meskipun jumlah jangkitan berada pada angka ratus, namun pesakit dalam kategori 4 dan 5 kekal berada di tahap rendah.

     

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...