Oleh Siti Nur Wasimah S.
BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Feb – Dalam usaha untuk menyemarakkan lagi sambutan Hari Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke-33 tahun ini, sekumpulan pelari tempatan semalam telah mengadakan larian tersendiri sejauh 33 kilometer yang bermula dan berakhir di Stadium Negara Hassanal Bolkiah.
Larian patriotik yang memakan masa selama lima jam dan 14 minit itu diketuai oleh Awang Mohd Shahrun bin Haji Mohd Shahlan dan disertai oleh Awang Muhd Ali Hijra bin Ramli, Awang Mohd Soffyhairrol Azami bin Haji Abdul Momin, Awang Mohd Zulhilmi bin Puasa dan Awang Khairul Najib bin Haji Metusin.
Larian yang julung-julung kalinya diadakan oleh mereka ini adalah merupakan salah satu inisiatif untuk memupuk dan meningkatkan lagi semangat patriotik dalam lapisan masyarakat Brunei, di samping memupuk gaya hidup sihat dan menyemarakkan semangat setia kawan.
Larian malam itu tadi bermula pada jam 9:28 malam dan berakhir pada jam 2:42 pagi.
![Barisan pelari tempatan yang telah berlari sejauh 33 kilometer sempena menyemarakkan lagi sambutan Hari Kebangsaan ke-33.](http://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2017/02/NEW_240217.jpg)