Sunday, May 11, 2025
29.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Latihan letupan kukuhkan kerjasama PPDB, SPF

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 NOV – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dan Pasukan Polis Singapura (SPF) telah mengukuhkan lagi kerjasama dua hala menerusi siri latihan eksesais penyiasatan pasca letupan, yang berlangsung selama tiga hari hingga hari ini.

    Live Blast and Post Blast Investigation Training Exercise Solar Wind V Brunei Darussalam itu merupakan edisi kelima sejak penubuhan latihan bersama pada 2014.

    Hadir bagi menyaksikan latihan berkenaan di kawasan Padang Tembak Binturan, Tutong ialah Timbalan Pesuruhjaya Polis, Dato Seri Pahlawan Awang Sulaiman bin Alidin dan Timbalan Pesuruhjaya Polis (Siasatan dan Perisikan) selaku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah SPF, DC How Kwang Hwee.

    Ia disertai sejumlah pegawai dan anggota dari PPDB dan SPF di mana latihan menjurus kepada tatacara siasatan melibatkan kejadian ledakan bahan letupan dan pengendalian secara terperinci bagi mengetahui punca sebenar sesuatu kejadian.

    Turut hadir semasa eksesais tersebut ialah Pengarah Siasatan Jenayah, PPDB, Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Haji Azree bin Haji Manaf berserta pegawai-pegawai kanan dan keanggotaan daripada PPDB serta SPF.

    PPDB dalam kenyataannya, menyampaikan penghargaan kepada SPF atas sokongan berterusan yang diberikan selama ini dengan jalinan kerjasama yang kukuh dalam meningkatkan keupayaan, menajamkan kemahiran penyiasatan serta memperkuat hubungan antara kedua-dua pasukan polis.

    Latihan letupan dijalankan semasa eksesais penyiasatan pasca letupan antara PPDB dan SPF.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda