Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Latihan tentera cetus reaksi ‘tegas’ Korea Utara

    SEOUL, 7 NOV – Tentera Korea Utara berkata pihaknya akan bertindak balas terhadap latihan dijalankan Amerika Syarikat (AS) bersama Korea Selatan dengan langkah ketenteraan yang ‘berterusan, nekad dan luar biasa’, lapor media negara itu hari ini.

    Amaran itu dibuat selepas Korea Utara menjalankan siri ujian peluru berpandu minggu lalu termasuk empat peluru berpandu balistik pada Sabtu, manakala AS dan Korea Selatan pula menjalankan latihan tentera udara terbesarnya.

    Media kerajaan KCNA melaporkan, Kakitangan Am Tentera Rakyat Korea (KPA) dalam satu kenyataan berkata, pihaknya akan mengambil tindakan sewajarnya susulan latihan ketenteraan dibuat musuhnya.

    Kenyataan itu turut menyifatkan ujian peluru berpandu balistik Korea Utara baru-baru ini sebagai ‘jawapan jelas’ susulan latihan bersama dilaksanakan AS-Korea Selatan minggu lalu, selain turut berkata, ia adalah ‘operasi ketenteraan yang sepadan’.

    “Lebih kuat dan berterusan gerakan provokasi dibuat tentera musuh, lebih teliti dan tanpa belas kasihan KPA akan menentang mereka,” menurut kenyataan itu.

    Ratusan pesawat perang AS dan Korea Selatan, termasuk pesawat pengebom berat, B-1B menyertai latihan ketenteraan minggu lalu.

    Dalam pada itu, Ketua Turus Bersama Korea Selatan berkata langkah itu menunjukkan ‘keupayaan dan kesediaan untuk bertindak balas secara tegas terhadap sebarang provokasi dari Korea Utara’.

    Latihan bersama AS-Korea Selatan sejak sekian lama telah mencetuskan reaksi tegas Korea Utara, yang melihatnya sebagai latihan untuk melakukan pencerobohan. – AFP

    Gambar fail menunjukkan penduduk melihat skrin televisyen yang menyiarkan berita ujian peluru berpandu Korea Utara, di sebuah stesen kereta api di Seoul. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...