Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Laungan dikir terus bergema

    Oleh Salawati Haji Yahya, Syahmi Hassan & Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 OKT – Laungan dikir terus bergema di masjid-masjid, surau dan balai ibadah di seluruh negara yang diadakan oleh pelbagai pihak dalam menyemarakkan malam-malam menjelang Maulidur Rasul yang bakal disambut pada 12 Rabiulawal 1444 Hijrah.

    Bagi menyemarakkan sambutan itu, Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan jabatan-jabatan di bawahnya meneruskan lagi Majlis Dikir Syarafil Anam di Masjid Rancangan Perumahan Negara (RPN) Kampung Bukit Beruang, Daerah Tutong, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Menteri di JPM, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof.

    Turut hadir ialah Timbalan Menteri (Urus Tadbir Perkhidmatan Awam) di JPM, Dato Seri Paduka Awang Mohd Riza bin Dato Paduka Haji Mohd Yunos dan Timbalan Menteri (Sekuriti dan Undang-undang) di JPM, Dato Seri Paduka Haji Sufian bin Haji Sabtu.

    Majlis turut menyaksikan penyampaian sumbangan wakaf berupa 40 buah buku Dikir Syarafil Anam dan doa-doa bersempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW untuk masjid berkenaan yang disampaikan oleh Yang Berhormat Menteri di JPM.

    Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi hadir selaku tetamu kehormat pada majlis di Masjid RPN Kampung Bukit Beruang, Daerah Tutong, kelmarin. – Gambar serahan Jabatan Penerangan
    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew hadir selaku tetamu kehormat pada Majlis Persembahan
    Dikir Syarafil Anam di Masjid Universiti, UBD, kelmarin. – Gambar oleh Muiz Matdani

    Dr Haji Azman hadir selaku tetamu kehormat pada majlis dikir Kementerian Pendidikan di Masjid Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, Kampung Jerudong.
    Haji Mohammad Rosli mengetuai rombongan KHEU pada majlis di Masjid Kampung Batu Apoi, Daerah Temburong. – Gambar serahan KHEU
    Haji Ahmad Nizam hadir selaku tetamu kehormat pada majlis dikir KHEDN di Daerah Belait. – Gambar serahan Jabatan Daerah Belait

    Kementerian Kewangan dan Ekonomi serta jabatan-jabatan di dalamnya pula telah mengadakan Majlis Persembahan Dikir Syarafil Anam di Masjid Universiti, Universiti Brunei Darussalam (UBD), hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis itu ialah Menteri di JPM dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah.

    Turut hadir ialah Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi (Ekonomi), Dato Seri Paduka Haji Khairuddin bin Haji Abdul Hamid.

    Dalam pada itu, rombongan Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) pula meneruskan lagi Majlis Ihya Maulidur Rasul di Masjid Kampung Batu Apoi, Daerah Temburong, kelmarin.

    Mengetuai rombongan ialah Setiausaha Tetap di KHEU, Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim.

    Seterusnya, rombongan KHEU akan mengunjungi Masjid Pekan Seria, Daerah Belait esok.

    Sementara itu, kelmarin, Kementerian Pendidikan melalui Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) dan Jabatan Pengurusan Pendidik telah mengadakan Majlis Dikir di Masjid Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, Kampung Jerudong.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Setiausaha tetap (Pengajian Tinggi) di Kementerian Pendidikan, Dr Haji Azman bin Ahmad.

    Seramai 90 orang jemputan terdiri daripada pegawai-pegawai dan kakitangan di Kementerian Pendidikan hadir pada majlis berkenaan. Turut hadir ialah Naib Canselor UBD, Dr Hazri bin Haji Kifle dan rektor UNISSA.

    Manakala itu, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) dan jabatan-jabatan di dalamnya telah mengadakan majlis serupa di Masjid Kampung Labu Estate, Mukim Labu, Temburong, kelmarin dan pada hari ini di Masjid Al-Mashor, Kampung Sungai Mau, Daerah Belait.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis di Daerah Temburong ialah Setiausaha Tetap (Keselamatan dan Kesejahteraan) di KHEDN, Awang Salminan bin Haji Burut, dan Timbalan Setiausaha Tetap (Perundangan, Antarabangsa dan Penyelidikan) di KHEDN, Haji Ahmad Nizam bin Dato Paduka Haji Ismail pada majlis di Daerah Belait.

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...