Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Lautan global kini dalam keadaan darurat – ketua PBB

    LISBON, 27 JUN – Persidangan yang telah lama tertangguh mengenai cara memulihkan kesihatan lautan global yang tidak stabil berlangsung di Lisbon kelmarin, dengan ketua Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata bahawa laut dunia kini sedang dalam krisis.

    “Hari ini kita sedang menghadapi apa yang saya panggil sebagai kecemasan lautan,” Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres memberitahu beribu-ribu penggubal dasar, pakar dan penyokong pada pleno pembukaan sekali gus menggambarkan bagaimana lautan telah ‘dihentam’ oleh perubahan iklim serta pencemaran.

    Manusia secara semula jadinya bergantung kepada lautan yang sihat.

    Lautan menjana sebanyak 50 peratus daripada oksigen yang kita hirup dan membekalkan protein dan nutrien penting kepada berbilion-bilion manusia setiap hari.

    Dengan meliputi sebanyak 70 peratus permukaan bumi, lautan juga telah mengurangkan kesan perubahan iklim terhadap kehidupan di darat yang mana pada masa sama memberi kesan yang teruk.

    Walaupun pelepasan karbon hanya meningkat separuh dalam tempoh 60 tahun yang lalu, ia telah menyerap kira-kira satu perempat daripada pencemaran karbon dioksida (CO2) dan menyebabkan air laut berasid dan mengancam rantaian makanan akuatik serta kapasiti lautan untuk menyerap karbon.

    Selain itu, dengan laut menyerap lebih daripada 90 peratus haba berlebihan daripada pemanasan global juga telah menghasilkan gelombang haba marin yang besar dan secara tidak langsung mengancam hidupan terumbu karang yang berharga dan meluaskan ‘zon mati’ laut disebabkan kekurangan oksigen. – AFP

    Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres, (tengah) semasa bergambar ramai dengan peserta di Forum Belia dan Inovasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di pantai Carcavelos, di luar Lisbon kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...