BANDAR SERI BEGAWAN, 28 MAC – Murid-murid Tahun 6 Sekolah Nusa Laila Puteri cawangan Jangsak, Kiulap dan Sungai Buloh telah membuat lawatan ke Pusat Pengajian Kesenian dan Kaligrafi Islam Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, baru-baru ini.
Semasa lawatan tersebut para pelajar dibawa melihat pameran galeri seni-seni khat dari Negara Brunei Darussalam dan beberapa buah negara lain seperti China, Turkiye, Malaysia dan Indonesia.
Pelajar-pelajar juga berpeluang mempelajari mengenai sejarah kaligrafi di Brunei Darussalam dan jenis-jenis khat yang digunakan.
Mereka juga diberikan pendedahan mengenai cara-cara penulisan khat secara langsung serta diberi peluang untuk menulis asas seni khat.
Lawatan diakhiri dengan sesi bergambar ramai.
