Ahad, 23 November 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    LCB rai sambutan awal Krismas bersama warga emas

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 22 DIS – Bagi memperingati hari penting dalam kalender Cina, ahli-ahli Kelab Lions Belait (LCB) telah meraikan solstis musim sejuk dan sambutan awal Krismas bersama warga emas di Rumah Orang-orang Tua, hari ini.

    Diketuai oleh pengerusi acara dan mantan presiden kelab tersebut, Linda Chia, kunjungan berkenaan merupakan salah satu daripada pelbagai aktiviti tahunan yang dianjurkan kelab berkenaan untuk meraikan pelbagai sambutan dengan meluangkan masa bersama warga emas berkenaan.

    Antara aktiviti yang diadakan semasa kunjungan itu menyajikan hidangan tengah hari untuk warga emas dan diteruskan dengan penyampaian lampin pakai buang yang disumbangkan oleh rakan-rakan kelab berkenaan.

    Turut hadir ialah Presiden LCB, Keith Wong, mantan-mantan presiden, Johnny Cheong dan Joseph Teo serta ahli kelab, Nelson Wun.

    Keith Wong, Johnny Cheong dan Joseph Teo, Linda Chia dan ahli Kelab Lions Belait (LCB), Nelson Wun serta warga emas bergambar ramai semasa majlis berkenaan. – Gambar serahan Kelab Lions Belait

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda